Monday, November 21, 2011

HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI AL MARHUM SULTAN ISKANDAR


Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan yang Di Pertuan bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Takzim, " SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 53" .

Tuesday, November 15, 2011

JAMUAN TEH SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR

JEMPUTAN MELALUI SUK JOHOR: Menjunjuing titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,Sultan dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim, Dijemput ke Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeran DYMM Sultan Johor pada 2.30 ptg, 22hb Nov. 2011, di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Pakaian Kemas. Kehadiran di hargai

Friday, August 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI & HARI KEMERDEKAAN


WargaKerja & AJK MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR,BAHRU mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI " MAAF ZAHIR DAN BATIN " dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

Thursday, August 25, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM 1 MALAYSIA NGO2 BERSAMA YAB TIM. PERDANA MENTERI MALAYSIA

Di jemput semua AHLI2 PKMMNJ untuk menghadiri MAJLIS MAKAN MALAM 1 MALAYSIA NGO2 bersama2 YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, pada 29 hb September 2011, jam 7.30 malam di Taman Suria, Johor Bahru. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi Hj Abdullah (019 777 0435) dan Hajjah Rosnah (019 746 1216). Tiada bayaran di kenakan. Tempat terhad.

Wednesday, August 10, 2011

BUBUR LAMBUK YAYASAN WARISAN JOHOR

Program Memasak Bubur Lambuk Yayasan Warisan Johor akan bermula esok, Jumaat 12 Ogos hingga 18 Ogos 2011 kecuali sabtu dan Ahad..YWJ menjemput semua group untuk sama-sama 'merasa' air tangan kami ini..masa agihan 2.30 hingga 4.00 petang...Jangan malu jangan segan datanglah ke perkarangan rumah limas YWJ.

Saturday, July 30, 2011

Wednesday, June 29, 2011

KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011 - SUMBANGAN

KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011 - Program ini dijangkakan akan di adakan pada 7, 14 dan 21 hb Ogos 2011. Sekiranya terdapat sebarang sumbangan samada didalam bentuk wang ringgit maupun barangan, ianya bolih di serahkan kepada 9W2HOZ (019 777 0435), 9W2EKP (017 7135768) dan Hj Zin, Yayasan Ikhlas Negeri Johor ( 017 7692945). Segala sumbangan amatlah di hargai.

Friday, June 3, 2011

HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG



Warga MKD JOHOR BAHRU Mendoakan Kesejahteraan dan mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DYMM TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD,

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.

Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Sunday, May 15, 2011

" SELAMAT HARI GURU "

" SELAMAT HARI GURU " !!! PENGORBANAN DIDALAM MENDIDIK ANAK BANGSA SEHINGGA BERJAYA AMATLAH DI HARGAI. TANPAMU, MASYARAKAT AKAN BUTA ILMU. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU2 SEDUNIA..."SELAMAT HARI GURU"

Friday, May 6, 2011

" SELAMAT HARI IBU "

UNTUK SEMUA IBU2 SE DUNIA. PENGORBANANMU TIADA BANDINGAN NILAI. HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALASNYA.
" SELAMAT HARI IBU

Monday, April 25, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MKDJB 2011






MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR BAHRU KALI KE 22, TELAH DIADAKAN PADA 25HB APRIL 2011, JAM 8 MLM DI BANAFE VILLAGE, JALAN ABDULLAH TAHIR, JOHOR BAHRU. SERAMAI 70 ORANG PERWAKILAN DARIPADA PERSATUAN BADAN2 GABUNGAN DIDALAM DAERAH JOHOR BAHRU TELAH HADIR. MAJLIS DI RASMIKAN OLIH TUAN HJ BURHAN AMIN, PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU. TURUT SERTA TN HJ ABDUL RAHIM NIN, YANG DI PERTUA MAJLIS PERBANDARAH PASIR GUDANG, TN HJ FARIZAL, SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, YANG JUGA TIMBALAN PENEGRUSI MKDJB.

Sunday, April 10, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 22

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR BAHRU KALI KE 22 AKAN DIADAKAN PD HARI ISNIN, 25HB APRIL 2011, JAM 8 MLM, DI BANAFE BISTRO, JALAN ABDULLAH TAHIR, JOHOR BAHRU. BADAN2 GABUNGAN ADALAH DI JEMPUT MENGHANTAR 3 ORG PERWAKILAN. KEHADIRAN DI HARGAI.

Wednesday, April 6, 2011

NOTIS MESYUARAT AJK MKDJB KALI KE 4

Mesyuarat AJK MKDJB kali ke 4, akan diadakan pada 7/4/2011 (Khamis) jam 2.30 petang di Bilek Gerakan Pejabat Daerah Johor Bahru. Kehadiran AJK amatlah di hargai.

Sunday, February 13, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul untuk semua UMAT ISLAM……….

Saturday, January 29, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA




AJK MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR BAHRU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA WARGA TIONGHUA

Friday, January 28, 2011

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN



Hj Abdullah Hj Awang dan Hajjah Faridah Hj Bahrom menjemput semua warga MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR BAHRU yang berkelapangan dan berkesudian, untuk hadir ke Majlis Perkahwinan adik Hajjah Faridah, di Kg Melayu, Simpang Renggam, Johor pd 19 Mac 2011. Kehadiran di hargai.