DAULAT TUANKU
Barisan kepimpinan dan ahli-ahli MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JOHOR BAHRU, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah
dan ucap selamat kepada
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !
Thursday, November 21, 2013
Thursday, November 14, 2013
Friday, November 8, 2013
SENDENG WOMEN SELF DEFENSE WORKSHOP
WOMEN
SELF DEFENSE WORKSHOP : When "Hawa" Fight Back! merupakan aktiviti
tahunan anjuran Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru
Bengkel Sehari ini merupakan Seminar khas buat golongan hawa, iaitu 'Women Self-Defense Workshop - When Hawa Fight Back!'. Satu produk ilmu saya bentangkan buat golongan wanita yang kesuntukkan masa untuk mendalami ilmu beladiri.
Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering kali menghiasi dada-dada akhbar negara memang menggusarkan masyarakat dan memberi kesan yang mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi mangsa. Wanita sering dijadikan sasaran oleh mereka yang tidak dikenali malah yang juga dikenali kerana dianggap 'lemah' dan mudah diambil kesempatan.
Pembelajaran mencakupi lima bahagian iaitu asas pernafasan, asas tumbuk, asas tendangan, asas teknik tangan kosong dan kaedah pelepasan.
Kaedahnya amat mudah, jelas, tepat dan berkesan serta terbuka buat semua lapisan kaum, umur dan agama.

PROGRAM MENCARI BAKAT - EKSPERASI MUZIK
JABATAN
KEBUDAYAAN & KESENIAN NEGERI JOHOR akan mengadakan PROGRAM MENCARI
BAKAT : EKSPERASI MUZIK, pada 30/11/2013 hingga 01/12/2013, bertempat
di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudang. Pelbagai hadiah di sediakan. Tarikh
tutup pertandingan : 18/11/2013. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung
dengan JK&KNJ (07 2248270).
Subscribe to:
Posts (Atom)